Sri Nirwana Maju @ Bangsar | Restoran Banana Leaf Rice Paling Sedap Di KL

Rasa lega sangat bila dapat long weekend cuti Tahun Baru Cina tahun ini. Yelah, jadual deadline kerja pack sangat sebab December ramai orang cuti. Baru masuk kerja bulan Januari, lepas tu ramai orang lagi akan cuti masa Chinese New Year ni. Kerahan tenaga habis-habisan lah bulan Januari ni ^_^

Kenalah raikan cuti long weekend ni dengan makan makanan yang sedap :)

Saya selalu makan banana leaf rice di Chemor, alang-alang selalu ke tempat kerja di Kanthan Plant. Restoran di Chemor tu memang terkenal di Perak. Orang Ipoh pun selalu makan kat situ.

Kalau di KL, saya selalu makan banana leaf rice di Kanna Curry House SS2 berdekatan dengan office saya di Uptown Damansara dan parking pun tak lah sesusah parking di Bangsar ni.

Pagi-pagi lagi adik saya ajak untuk makan Sri Nirwana Banana Leaf Rice, Bangsar. Dia kata kat sini adalah Restoran Banana Leaf Rice yang paling sedap di KL. Saya macam tak percaya je sebab dah selalu makan yang dekat Chemor dan SS2. Rugi kalau makan banana leaf rice yang tak sedap sebab harga nya agak mahal. Tapi sebab malas nak berdebat, ikut jelah taste adik.

RESTORAN SRI NIRWANA MAJU BANANA LEAF RICE

Restoran ni senang je nak cari, terletak di tengah-tengah kawasan yang paling happening di Bangsar, betul-betul berhadapan dengan Bangsar Village di Jalan Telawi 3. Nak dapat parking di tepi jalan tu memang susah. Inilah cabaran utama nak datang sini. Tapi kalau tak dapat juga parking di tepi jalan, boleh parking di Bangsar Village cuma harganya mahal sikit berbanding parking di tepi jalan tu. Kami bernasib baik hari tu dapat parking tepi jalan 😀 

tempat makan best kl

Terung goreng, sayur bayam, timun, dengan pilihan kari untuk kuah, kari ikan atau kari ayam. 

Bagi mereka yang tidak biasa dengan Banana Leaf Rice:

  • Daun pisang yang segar dan bersih sebagai pengganti pinggan
  • Nasi dihidang dengan 3 jenis sayur
  • Pilih nak kari apa sebagai kuah contohnya kari ayam, kari ikan atau dal
  • Perasa seperti cili masin goreng 
  • Selalunya dihidang dengan papadum

Sebenarnya standard Banana Leaf Rice ni adalah hidangan vegetarian. Walau bagaimanapun, anda boleh tambah lauk atau side dish lain seperti ikan, daging kambing, ayam, telur goreng dan sotong.

tempat makan best kl

Rasa nasi dan kari di Sri Nirwana Maju ni syiokkk berbanding tempat lain yang saya selalu makan tu, Chemor dan SS2.  Kari nya rasa unik samalah kalau makan nasi lemak. Yang membezakan nasi lemak adalah sambal nasi lemak kan? Hah, kalau Banana Leaf Rice, rasa kari tu yang paling penting. Masakan masala kat sini sedap, cuma saya tak tahan pedas. Kalau yang suka pedas tu memang layanlah.

Lagi satu, istimewanya Banana Leaf Rice di sini ialah 3 sayur yang standard tu. Salah satu sayur mereka adalah terung goreng rangup berwarna merah, memang saya tak pernah jumpa kat tempat lain! Kombinasi rasa rangup campur manis dan kemanisan terung itu sendiri memukau babe. Suka sangat!

Satu set nasi daun pisang dengan tambahan lauk ayam biasanya lebih kurang RM20. Harganya masih berpatutan walaupun terletak di tengah-tengah Bangsar. Jika anda penggemar Banana Leaf Rice atau anda pertama kali nak cuba makan Banana Leaf Rice, cuba lah di Restoran Sri Nirwana Maju Bangsar ni!

Alamat:
Sri Nirwana Maju, 43 Jalan Telawi Tiga,
Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 2287 8445

About the Author: fatinsoho

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge