SHOPPING SET VITAMIN SHAKLEE

Tak sabar nak dapatkan Vitamin Shaklee?

Beli secara online menggunakan kad kredit/kad debit dan pihak Shaklee akan menghantar terus produk ke rumah/pejabat anda. Mudah saje, hanya klik link di bawah:

Kenali Perbezaan Antara Ubat Dan Supplement (Makanan Tambahan)

Selalunya kalau kita selsema sampai hingus, doktor akan bagi preskripsi clarityne (contoh) bila jumpa doktor.

Masa saya masih belajar dulu, saya suka bila doktor beri Clarityne dan Actified untuk hilangkan hingus dan selsema dalam masa sehari!

Tapi jika jumpa dan tanya pendapat pengedar Shaklee macam saya, saya akan cadangkan Vitamin C dan Nutriferon.

Siapa yang betul?

ubat atau supplement shaklee

Source: FDA website

 

DUA DUNIA BERBEZA

Walaupun ubat dan supplement mempunyai rupa fizikal yang lebih kurang sama, bentuk bulat atau dalam kapsul dan berwarna, tetapi perubatan dan nutrisi adalah dua dunia yang berbeza.

Dalam entry ini saya akan menggunakan bahasa mudah difahami, ‘perubatan’ untuk industri ubat farmaseutikal dan ‘supplement’ untuk industri nutrisi.

DUNIA PERUBATAN

Dalam dunia perubatan, ubat lebih bersifat merawat penyakit.

Ubat mengandungi dadah yang akan bertindak dengan pantas menyerang virus dan mematikan simptom penyakit. Biasanya kalau kita demam, ubat berfungsi untuk menurunkan suhu badan (merawat simptom).

Sebagai contoh untuk penyakit kanser, pembedahan adalah untuk membuang sel-sel yang dirosakkan oleh sel kanser.

DUNIA SUPPLEMENT

Dalam dunia supplement, vitamin dan supplement bersifat mencegah penyakit.

Sel badan kita memerlukan vitamin dan nutrisi yang mencukupi untuk menjadi sihat dan bekerja secara efektif.

Sebagai contoh penyakit kanser, supplement bertindak untuk membetulkan semula DNA sel yang rosak seterusnya membantu mengecutkan saiz kanser (Produk Vivix Shaklee).

 

KUALITI PRODUK

PRODUK PERUBATAN

Produk perubatan perlu melalui pelbagai saringan ujian klinikal untuk memastikan yang ianya sah boleh menyembuhkan penyakit.

Ubat tidak boleh sewenang-wenangnya dijual oleh sesiapa sahaja terutamanya ubat yang mengandungi dadah terkawal.

PRODUK SUPPLEMENT

Produk supplement hanya perlu melalui saringan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan ia boleh dimakan. Kira kalau makan kita tak pengsan, boleh lulus KKM.

Tidak wajib untuk produk supplement menjalani ujian klinikal.

Tapi pihak Shaklee mewajibkan kesemua produknya menjalani ujian klinikal seperti produk perubatan. Ujian klinikal ini pula dijalankan oleh pihak bukan Shaklee untuk memastikan kualiti terkawal.

REALITI DUNIA KESIHATAN

Secara realiti, tubuh kita mula rasa tidak sihat jika kita kekurangan nutrisi dan zat.

Jaga-jaga.. Bila ada lompong nutrisi pada diet pemakanan dan corak pemakanan yang tidak sihat, ia akan menjadi pintu masuk untuk radikal bebas atau virus masuk ke dalam tubuh dan mula membuat kerosakan (punca penyakit terjadi).

Contohnya, penyakit kencing manis berlaku kerana terlalu banyak makan makanan tinggi kandungan gula (karbohidrat) walaupun sepatutnya kita kurangkan pemakanan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.

Sebab tu bagi pesakit darah tinggi, walaupun doktor pakar darah tinggi bagi ubat kepada pesakit, dalam masa yang sama, doktor pakar tersebut turut akan memberi cadangan makanan harian untuk pesakit tersebut.

Kawal cara pemakanan kita dan jalani gaya hidup yang sihat.

UBAT ATAU SUPPLEMENT, YANG MANA SATU?

Ia bergantung kepada diri anda sendiri. Tak salah ambil ubat, saya pun ambil ubat jika penyakit semakin kronik.

Tetapi adalah lebih baik bagi kita cegah penyakit dengan mengambil supplement yang membantu tampung kekurangan nutrisi harian kita.

Mencegah lebih baik dari mengubati, kan?

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement semulajadi Shaklee, anda boleh membeli secara online pada link di atas atau anda boleh hubungi saya:

Fatin Hamizah
SMS/Whatsapp: 012 283 1538
Shaklee ID: 888106