Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala Lumpur

Dah lama dengar pasal Pince and Pints KL ni terkenal dengan menu lobster yang sedap ala-ala Burger & Lobster dekat Knightsbridge, London. Tapi memandangkan lokasinya area Bangsar jadi plan nak pergi selalu tergendala. Sape yang pernah makan Burger & Lobster kat London tu mesti sekarang tengah terbayang-bayang sedapnya lobster tu kaaan! >_< *I feel you!*

Jarang kami masuk Bangsar, bukan tak suka Bangsar tapi kadang fikirkan susahnya nak cari parking berdekatan dengan restoran tu jadi malas.

Rasa nak makan lobster Pince and Pints ni semakin membuak-buak bila selalu sangat tengok gambar kat Instagram. Lagi-lagi pulak bila tengok ramai customer cerita pasal lobster kat sini sedap.

Kebetulan hari tu birthday saya dekat-dekat dengan birthday adik sekali. Abang pula tiba-tiba offer nak sambut hari jadi satu family dan suruh pilih nak lunch dekat mana. Memang terus ajak lunch celebration kat Pince and Pints lah!

Pince and Pinst KL Bangsar

Kami set masa dengan adik, singgah rumah abang dan terus menuju ke sana selepas Zohor. Orang kata sini selalu ramai. Aduh, risau pula tak dapat tempat sebab tak buat reservation dan terus walk in. Perut dah terlalu lapar, agak lewat makan tengahari. Kalau kena menunggu lama akibatnya perut yang lapar boleh masuk angin.

Masuk area sini memang nampak sesak, yelah area Bangsar kan. Tapi nasib kami baik ade pulak parking berdekatan dengan Pince and Pints hari tu. Risau jugak kalau parking jauh sebab bawak semua nephews.  Dapat public parking area, masuk je parking situ percuma je. Hari Ahad dan cuti umum tak perlu bayar parking DBKL. Berbaloi lah datang hari Ahad.

Waktu Siang Pun Ramai

Fuhh memang ramai umat manusia tengahari ni. Kami pilih untuk pergi masa lunch time sebab kami jangka kan waktu malam yang ramai. Agaknya sebab hari minggu kan?

Walaupun ramai dan tak buat reservation, kami berjaya dapat tempat yang selesa dan tak lama menunggu. Pince and Pints ni lagi gemar jika datang berkumpulan sebab susunan meja nya macam untuk gathering tu. Kami ada 5 orang dewasa dan 3 kanak – kanak. Jadi, dapatlah duduk dekat one corner yang cozy.

Pince & Pints KL Bangsar

Kami sampai dalam pukul 2 petang dan kira dah terlambat makan lunch. Semua orang dah lapar sangat, termasuklah budak-budak kecik ni, Jadi perkara pertama, order air dulu untuk anak-anak sedare dan layan keletah mereka supaya tak meragam.

Menu Pince and Pints KL ni ada 4 jenis je korang boleh pilih. Live Whole Lobster (dengan pilihan Grill atau Stim dengan air garam dan olive oil), The Lobster Roll, Chilli Lobster dan Lobster Noodles. The Lobster Roll tu dihidangkan dengan roti. Memang macam tak kenyang lah untuk lunch. Abang order Chilli Lobster,  mak order Live Whole Lobster (pilih Stim sebab betul-betul nak compare rasa dengan Burger & Lobster London) dan kami yang lain termasuk kakak ipar, adik dan saya, semua order Lobster Noodles. Anak – anak sedare 3 orang tu order 1 Lobster Noodles kongsi 3 orang kanak – kanak.

pince & pints kl menu

Nampak Pince and Pints ni penuh orang dalam restoran tapi jangan risau. Walau pun penuh, servis dia boleh dikatakan pantas juga sebab restoran ni boleh menempatkan 55 orang sahaja dalam satu masa.

Dalam 30 minit, dah dapat apa yang diidam. Bila Lobster Noodles sampai je kat meja kami, mata terbeliak sebab tak sangka portion dia besar! Budak – budak ni dengan aksi spontan terus capai Lobster Noodles tu sebab dah lapar sangat terlambat makan lunch. Jadinya mereka tanpa segan silu makan macam budak – budak pelarian yang dah lama tak makan! >_< Kami tergelak je melihat gelagat spontan mereka. Meja kami tiba – tiba terus senyap semua orang fokus sangat menikmati lobster.

Pince and pints kl lobster noodle menu

Chilli Lobster yang abang order tu sangat terkenal kat Pince & Pints Singapore. Tapi abang tak berapa suka menu Chilli Lobster dia. Lobster Noodles ni pula adalah menu eksklusif untuk Pince & Pints KL, yang ni memang rasa dia puas hati. Live Whole Lobster stim pilihan mak pula seakan – akan Burger & Lobster London, yang paling penting rasa herbed butter sauce dia tu.

Pince and Pints KL Chili Lobster

Ni saya nak bagitau harga. Semua hidangan kat sini harganya RM158++, memang macam mahal tapi bila masih berbaloi jika dibandingkan dengan SGD$58 yang dekat Singapore.

Oklah, puas hati dah alang – alang datang mestilah nak merasa lobster yang dimasak hidup – hidup. Diimport daripada pantai Amerika Atlantik Utara, diterbangkan terus 2 minggu sekali dari Maine & Boston dan juga Canada ke warehouse Pince & Pints KL di Malaysia. Disimpan dalam suhu laut sejuk untuk kekalkan kesegaran lobster – lobster mereka.

Makanan yang kami order semua habis licin termasuk makanan untuk 3 kanak – kanak. Moralnya order 1 dish dulu kongsi untuk kanak – kanak sebab tak sangka portion dia besar. Takde masalah untuk orang dewasa.

Kalau kali pertama nak makan Pince & Pints ni saya recommend Lobster Noodles dan Live Whole Lobster. Menu yang lain tu boleh cuba masa datang lain kali.

Pince & Pints KL Live Whole Lobster

Walaupun menu dia hanyalah 4 sahaja, tapi agaknya entah berapalah keuntungan Pince & Pints KL setiap hari ye? Rezeki mereka kan.

Makanan ni kalau dah sedap memang kat mana pun orang sanggup datang. Rakyat Malaysia kan suka makan..

Apa pun ini bukan kali terakhir kot saya akan berkunjung. Insya Allah akan ke sana lagi, sebab harga dia berbaloi dengan saiz dan kesegaran hidangan. Nanti nak makan Live Whole Lobster (Grill) pula.

 

Pints & Pints Kuala Lumpur Malaysia
32, Ground Floor, Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur | Tel: +603 2201 3233
Mon-Sun 5.30pm – 11.30pm | Sat – Sun 11.30am – 11.30pm | Last order 10.15pm

About the Author: fatinsoho

18 Comments

  1. Reply Bahrain

    Lama dah tak makan seafood macam ni. Tetiba rasa lapo pulak tengok. haha

  2. Reply Raihanah Ahmad

    sedapnya lobster tu, tak sangka stumb into blog adik ipar alom. salam perkenalan

  3. Reply ema

    mewahnya makanan seafood tu….terliur rasa. salam kenalan.

  4. Reply Myliferia

    Waaaaa sedapnyerr lobster. Terbayang lobster yang fresh lagi creamy

  5. Reply sue

    sedapnye lobster, feveret hubby ni, boleh la pergi nanti :)

  6. Reply Fyda Noh

    Happy belated befday.. lobster tu mmg best tapi yg lagi best sebab teringin nk makan, & org belanja

  7. Reply Jazilah Ilyas

    Tak penah makan lobster. Bunyi macam sedap. Hehehe.. Mungkin boleh masukkan dlm list bila ke KL nanti

  8. Reply onlajer

    dekat jaybee rata – rata lobster ini dijual dalam RM140 hingga RM160 sekilo,

  9. Reply titan

    pehh..

    besaq-besar ketam tu ehh..

    eh jap. ketam ke lobster tu? haha

  10. Reply Emy

    hehe..jadi lapar pulak tengok lobster tu…salam kenalan.

  11. Reply Emyashura

    Perghhh. Aritu masa emy tlg kwn jual seafood dia bg lobster free. Dan2 time tu juga belajar masak butter lobster. Memang terdodoi. Best!

  12. Reply Nisha

    menariknya lobster tu….kena masuk dalam list tempat makan yang harus pergi ni….. huhuhu….

  13. Reply Muz

    tak pernah makan lobster..hehe..takut tengok besar sangat! hahaha..

  14. Reply mrhanafi

    wow..terbaik la makanan kat situ..sehinggakan saya terliur pula nak mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *