Tips Rangsang Hasilkan Sperma Berkualiti Supaya Mudah Dapat Anak

Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Rangsang Sperma Berkualiti Supaya Mudah Dapat Anak.

Tips-tips yang saya kongsikan ini sesuai untuk…

  • Pasangan baru kahwin yang dah tak sabar menimang baby
  • Pasangan yang bakal berkahwin dan ingin memastikan diri subur ala-ala bunting pelamin
  • Suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata
  • Suami isteri yang teringin nak tambah anak lagi
Cara tingkatkan hasilkan sperma

Setiap Ayah Inginkan Anak

So, jom kita mulakan!

CARA #1: ELAKKAN PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN KESUBURAN

Selalu kita dengar

Mencegah lebih baik daripada mengubati…

Haa, samalah jugak dengan kesuburan. Jauhi perkara-perkara yang boleh mengganggu kesuburan anda. Antaranya:

1. JANGAN PAKAI SELUAR YANG KETAT

Seluar ketat macam mana? Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut’. Ada juga kajian yang menyokong pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam. Kesan pemakaian seluar ketat ini mengurangkan kesuburan dengan mengancam penghasilan sperma atau melemahkan kualiti sperma.

kesuburan lelaki

Pakai Boxer Lebih Elok?

Nak lagi bagus, pakai kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punyalah!

2. ELAKKAN SUHU YANG TERLALU PANAS

Mandian air panas atau sauna yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur suami anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh mengganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma suami anda. Boleh beli kan alas laptop Ikea untuk suami anda.

kesuburan lelaki

Jangan Letak Laptop Cani. Kalau Nak Jugak, Cari Alas Laptop Ikea Ke. Not Guna Direct Cani!

3. KURANGKAN PENDEDAHAN KEPADA BAHAN KIMIA DAN RADIASI

Sinaran-X  dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh mengganggu penghasilan sperma dan menyebabkan suami anda tidak subur. Jika pekerjaan kita terdedah dengan bahaya ini, kurangkan risiko dengan memakai PPE dan tidak menghirup udara bahan kimia.

kesuburan lelaki

Radiasi & Bahan Kimia Sentiasa Bahaya

CARA #2: AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk pastikan penghasilan sperma yang berkualiti dan terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:

1. DAPATKAN BANYAK ANTIOKSIDA

Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kesuburan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau disebut juga sperm count) penting untuk kesuburan.

Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan lelaki. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, bijiran, sayur-sayuran, protein dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu rendah lemak untuk membekalkan pelbagai nutrien terbaik bagi meningkatkan kesuburan lelaki.

2. ELAKKAN MAKANAN YANG MEMBUNUH SPERMA

Minuman beralkohol dan daging merah sering dikaitkan sebagai pemakanan yang mengganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang confirm lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. 

kesuburan lelaki

Tak Elok Makan Daging Terlalu Kerap

3. AMALKAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT

Amalkan pengambilan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, Selenium, Zinc dan juga Asid Folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk kesihatan sistem reproduktif lelaki. Antara  vitamin penting untuk meningkatkan kesuburan lelaki ialah:

  • Vitamin C – Membantu mengelakkan sperma daripada melekat (clumping/sticking/aglutination) antara satu sama lain. Melindungi sperma daripada kerosakan oxidative terutamanya bagi lelaki yang merokok.
  • Zinc – Kajian menunjukkan zink membantu meningkatkan paras testosterone, bilangan sperma, keupayaan (motility) sperma.
  • Protein – Asid amino protein arginine didapati banyak pada kepala sperma. Arginine membantu mengurangkan masalah bilangan sperma rendah dan sperma yang lemah (low motility). Arginine berfungsi mengembangkan arteri jadi ia juga membantu zakar menegang dengan lebih baik.
  • Asid Folik – Kekurangan asid folik menyebabkan sperma yang dihasilkan mengandungi terlalu sikit atau terlalu banyak kromosom.
  • Vitamin B Complex Terutamanya B12 – Membantu meningkatkan bilangan sperma.
  • Selenium – Melindungi sperma daripada kerosakan oxidative dan menggalakkan fungsi sperma yang sempurna. Selenium juga memperbaiki pembentukan, kuantiti, struktur, kualiti, motility dan fungsi sperma.
  • Vitamin E – Melindungi membran sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas. Membantu sperma untuk lebih bertenaga semasa proses menembusi ovum untuk disenyawakan.
  • Coenzyme Q10 – Bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sperma daripada rosak. Pada masa yang sama memberi tenaga dan meningkatkan keupayaan serta kesihatan sperma. CoQ10 berkurang seiring dengan usia.

Info: Anda berminat untuk mencuba suplemen semulajadi Shaklee untuk membantu kesuburan suami dan isteri? Boleh hubungi saya di 012 283 1538 :)

CARA #3: AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh. 

1. BERHENTI MEROKOK & JAUHI PEROKOK

Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh mengganggu kesuburan suami dan juga isteri.

berhenti merokok untuk kesuburan lelaki

Cabar Diri Berhenti Merokok

Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan. Berusaha untuk kurangkan merokok atau terus berhenti merokok dan elakkan diri daripada berada di lokasi yang penuh dengan asap rokok tebal. Asap rokok sangat berbahaya kepada orang sekeliling.

2. KURANGKAN STRESS

Stres yang terlampau tinggi boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu dalam penghasilan sperma.

kesuburan lelaki

Stres Yang Keterlaluan Menyebabkan Kesuburan Merudum

Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, berekreasi, melakukan aktiviti yang digemari dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.

3. DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL

Orang yang terlalu kurus atau terlalu berat atau obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum? Lemak badan yang terlalu berlebihan boleh mengganggu hormon pembiakan.

kesuburan lelaki

Kegemukan Boleh Jadi Punca Ketidaksuburan

4. JANGAN KETAGIH DADAH

Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Terdapat juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.

CARA #4: DAPATKAN KHIDMAT PAKAR

Kadang-kadang anda sukar mengenal pasti punca ketidaksuburan anda dan sudah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunca daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu dirawat terlebih dahulu.

cara tingkatkan kualiti sperma

Refer Kepada Pakar

Adakah tips-tips di atas berguna untuk anda? Jika ianya berguna untuk anda, pasti ianya berguna untuk rakan-rakan anda. Jemputlah share entri ini di Facebook, Twitter dan Google+ supaya mereka juga beroleh manfaat.

About the Author: fatinsoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge