Review Vivix Shaklee Dan Berapa Lama Tahan Dengan Testimoni Berkesan

Fungsi dan kebaikan Vivix Shaklee dalam entry ini khas untuk anda.

promosi vivix shaklee harga ahliApa itu Vivix Shaklee? Saya akan kongsikan pengalaman makan dan cara pengambilan Vivix, rasanya macam mana dan sebotol tahan berapa lama.

Banyak testimoni positif yang kami terima daripada pesakit diabetes/kencing manis, stroke/angin ahmar dan sakit jantung setelah mengamalkan Vivix.

Saya tahu, ramai yang tercari – cari info sebotol vivix ni boleh tahan berapa lama, sama ada untuk makan sendiri atau lagi-lagi yang belikan untuk orang tua untuk rawat penyakit tertentu.

Artikel Ini Akan Membantu Anda Mengetahui:

  1. Cara Makan Vivix Shaklee Yang Berkesan Untuk Kesan Terbaik
  2. Bagaimana Rasa Vivix?
  3. Sebotol Tahan Berapa Lama?
  4. Kesan Sampingan Makan Vivix
  5. Berapa Harga Sebotol Vivix?

Bulan Januari 2016 adalah bulan yang terbaik untuk anda cuba Vivix Shaklee dan masa ni lah nak borong banyak-banyak. Promosi beli 6 percuma 1 botol Vivix! Boleh beli untuk simpan stok atau pun beli untuk parents sendiri, ibu mertua, bapa mertua, suami dan untuk diri sendiri. Bila lagi nak dapat tawaran jumbo sale ni kan?

Jika anda biasa makan produk Shaklee yang lain, Vivix ni macam gabungan kebaikan banyak produk dalam satu botol.

Macam makan Vitamin C + Vitalea + Nutriferon + ESP + Omega Guard dan banyak lagi.

Testimoni pengguna Vivix Shaklee sangat banyak dan semestinya meningkatkan kualiti hidup kita sekeluarga .

1) Bagaimana Cara Makan Vivix Shaklee Yang Berkesan?

Oleh kerana Vivix Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan tiada langsung bahan kimia di dalamnya, kebaikan khasiatnya perlu dijaga.

Saya perhatikan kebanyakan pelanggan yang beli Vivix untuk ibu bapa mereka adalah untuk anti penuaan, sakit jantung, strok, gout, diabetes dan sebagainya.

Jangan tak tahu isteri isteri pun rajin belikan Vivix untuk para suami.

Kenapa eh?

Sebabnya ialah Vivix Shaklee Terbaik untuk Berhenti Merokok.

Cukup sekadar memasukkan 1-2 sudu Vivix ke dalam minuman suami. Perhatikan dalam masa seminggu je, insya-Allah suami dengan rela hati buang dan loya bila tengok rokok.

Sebab lain isteri belikan vivix ialah, ini salah satu set kesuburan Shaklee untuk lelaki yang sangat bagus.

Merokok jadi pahit dan bila suami berhenti merokok kesuburan mereka pun meningkat.

harga vivix shaklee promosi

Apa Kesan Merokok Pada Badan? Cuba Bayangkan. Berhenti Merokok. Cerah Masa Depan.

Cara Makan Vivix Shaklee

Senang sangat. Betul.

Makan 1 sudu teh/kecil setiap pagi untuk kelebihan menjadi cergas bertenaga sepanjang hari. Makan first thing in the morning atau sebelum sarapan. Makan ikut sukatan dan makan secara konsisten ya.

Lepas makan Vivix, pastikan minum air dengan banyak. Kesemua produk Shaklee memerlukan kita minum air sebanyak 3 liter sehari.

Berapa banyak 3 liter tu? Bersamaan dengan 2 botol besar air mineral 1.5 liter. Ha, kan senang nak bayangkan kan..

macam mana rasa vivix shaklee

Minum Banyak Air, Sekurang-kurangnya 3 Liter Sehari Untuk Cara Makan Yang Berkesan.

Inilah satu kelebihan Vivix Shaklee, cara makannya yang sangat mudah. Ia dihasilkan daripada bahan semulajadi dan tanpa pengawet. Jadi penting untuk simpan dengan cara betul supaya tidak rosak zat-zat didalamnya.

Jangan dedahkan botol pada suhu tinggi. Simpan dalam ruangan chiller peti sejuk. Jangan simpan dalam freezer tau. Nanti jadi aiskrim Vivix. Hehe..

pengalaman testimoni vivix shaklee

Cara Simpan Vivix. Simpan Dalam Chiller Tau.

Pengalaman Makan Vivix Shaklee

Sebelum makan apa-apa produk pun, pastikan ada ilmu yang betul. Tak boleh main makan je.

kelebihan vivix shaklee testimoni

Pengalaman Kita Semua Tak Sama Kan. Ilmu Dan Cara Yang Betul Akan Mendatangkan Hasil.

Kenapa? Kalau tersalah cara makan silap-silap badan kita yang sengsara. OK, saya bagi contoh.

Ada kawan tu makan Alfalfa Complex untuk banyakkan susu badan. Sepatutnya kena mula dengan 6 biji sehari. Itu pun lebih elok dibahagikan kepada 2 sesi. Kenapa? Sebab nak bagi badan kita serasi.

Berbalik kepada contoh kawan ni, sebab makan tanpa ilmu dan panduan, dia makan sekali 10 biji sekaligus. Hehu.. Nasib baik dia tak ada penyakit SLE dan makan lepas 2 minggu bersalin.  Kalau tak, boleh ada komplikasi tau.

Dekat botol Vivix memang dah ada tulis, tak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.

Walaupun makan Vivix elok untuk kesuburan, tapi sebaik saja kita dah mengandung terus berhenti makan Vivix. Kena tukar makan supplement lain yang sesuai untuk ibu mengandung.

Lelaki takpe, boleh teruskan makan Vivix untuk set kesuburan lelaki Shaklee dan untuk awet muda.

Antara produk Shaklee yang bagus semasa hamil ialah Vitalea, Vitamin B Complex, Vitamin C, Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard.

vivix shaklee untuk kesuburan suami isteri

Ehemm.. Suami Isteri Elok Makan Tau.. Kelebihan Untuk Pemulihan Kesuburan Dan Kecantikan Serta Anti Penuaan.

2) Macam Mana Rasa Vivix?

Dalam mental selalunya orang takut nak makan supplement sebab dah fikir ni mesti pahit dan mesti tak sedap.

Tapi rasa Vivix Shaklee ni memang sedap. Macam ribena pekat tu, manis manis masam.

Nasib baik sehari boleh makan 1 sudu kecil je. Kalau anda ada anak, pastikan simpan diruangan yang sukar dicapai di dalam peti sejuk ya. Kenapa? Takut mereka curi curi makan. Yelah, rasa macam ribena jeee.

Cuba bayangkan kalau mereka makan habis sebotol? Haaa..  Terus speechless nanti. Beringat sebelum kena ya. Vivix hanya boleh dimakan oleh orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

3) Berapa Lama Sebotol Vivix Shaklee Boleh Bertahan?

Mak saya memang pengguna tegar Vivix, kalau makan ikut sukatan sebotol Vivix boleh tahan selama 2 bulan.

Kalau kadang-kadang terlupa nak makan, boleh tahan lebih lama. Kalau kongsi makan suami isteri memang tak tahan lama lah. 2 bulan tu kalau makan sendiri.

Pantang Larang Menggunakan Vivix

Ramai yang bertanya kenapa kena berhenti makan Vivix lepas mengandung ehh? Vivix ni antioksidan dan boleh menyebabkan keguguran, sebab tu tak sesuai untuk ibu mengandung.

Kalau rasa nak sangat makan pun kena tunggu lepas habis menyusu badan. Kalau ibu menyusu makan Vivix, rasa susu ibu akan berubah. Bila anak dapat rasa perbezaannya, nanti terus tak nak breastfeed dah.

vivix shaklee untuk kencing manis

Sama-sama Kita Amalkan Pantang Larang Makan Shaklee Ya.

Semasa kita duduk di HQ Shaklee untuk beli barang, cuba lihat video pengenalan produk yang ditemubual oleh Anne Edwards. Pakar yang hasilkan sendiri beritahu..

Dari perkongsian pengalaman pengguna Vivix Shaklee, yang termakan semasa menyusukan anak. Kebanyakan anak mereka terus berhenti minum susu. Sedih nak buat macam mana. Jadi, sama-sama kita ambil pengajaran dari pengalaman makan Vivix orang lain.

Itu kalau masih menyusu badanlah, kalau tak.. lepas dah habis makan set pantang Shaklee.. dah boleh makan Vivix untuk kesihatan dan awet muda.

Sekali lagi untuk reminder, Vivix hanya untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas sahaja. Kanak-kanak tak sesuai makan Vivix.

vivix shaklee untuk ibu menyusu

Mommy.. Tolonglah berhenti makan Vivix Shaklee. Susu jadi tak sedappp…

4) Ada Kesan Sampingan ke Makan Vivix ni?

Pernah dengar Healing Crisis? Haa, healing crisis ialah tanda-tanda yang keluar apabila makan sesuatu produk.

Tanda macam mana tu? Bergantung kepada individu. Kalau tak tahu memang kita akan sangka ini kesan sampingan yang tak baik.

Antara tanda yang boleh anda perhatikan rasa pening, loya, badan terasa panas, letih dan rasa nak demam.

Inilah healing crisis. Bukan kesan sampingan ya. Ini tanda badan sedang cuba sesuaikan diri dengan produk Shaklee yang kita makan.

Penyembuhan sedang berlaku dari dalam dan tanda ni hanya bersifat sementara je. Jangan berhenti dan teruskan makan Vivix bila rasa badan tu lain macam.

Contoh healing crisis, ini kisah benar kami sekeluarga:

  1. Masa saya makan minyak ikan dalam tablet, Shaklee ada produk bernama Omega Guard. Setiap kali makan je mesti selsema.Tapi teruskan juga, akhirnya sekarang ni dah takde masalah. Sekarang ni kalau selsema makan Omega Guard makin cepat sembuh adalah. Hehe.
  1. Kawan saya makan Vitamin B Complex, lepas makan badan rasa panas. Mula-mula dia tak nak makan lagi, tapi lepas dinasihatkan dia teruskan pengambilan. Alhamdulillah sekarang badan makin cergas katanya. Sebab kerap kerja outstation.
  1. Masa adik saya mula makan Ostematrix dan Vitamin C Shaklee, kepala terasa pening dan bersin macam terkena selsema. Tapi teruskan juga makan dan Alhamdulillah, selepas 2-3 hari dah takde lagi pening-pening dan badan terasa lebih sihat.
  1. Pelanggan saya makan GLA Complex. 2-3 hari pertama makan badan rasa lesu dan nak demam. Sekarang dah ok. Jerawat pun dah segan nak tumbuh. Kalau ada pun kecil je dan cepat kering sendiri. Period pun dah stabil.

Bergantung pada keadaan badan kita, kesan yang dirasai pun berbeza mengikut individu. Ada orang tak kena pun healing crisis ni.

5) Berapa Harga Sebotol Vivix Shaklee?

Harganya memang agak mahal. Sebotol RM 475 (SM) atau RM 503.50 (SS). Kalau tahan 2 bulan, kos Vivix sebulan lebih kurang RM 240.

Maknanya kos sehari dalam RM 8 untuk sesudu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan khasiatnya memang berbaloi. Cuba sendiri baru tahu.

Kalau beli minima 2 botol, dapat 5% diskaun + percuma jadi ahli Shaklee 😀

Cara Order

Cara Pertama

Hanya beli secara online menggunakan kad kredit/kad debit dan pihak Shaklee akan hantar terus Vivix ke rumah/pejabat anda. Mudah saje, hanya klik link di bawah:

Shopping Shaklee Secara Online

Cara Kedua

Untuk order Vivix Beli 6 Percuma 1 + percuma jadi ahli Shaklee Atau Beli 2 Diskaun 5% + percuma jadi ahli Shaklee ni, whatsapp sahaja 012 283 1538 hari ini :)

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

 

 

About the Author: fatinsoho

13 Comments

  1. Pingback: Cara Paling Cepat Berhenti Merokok Tak Tahan Lemas Dengan Asap Rokok Suami | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  2. Pingback: Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat Tiada Gigil Nak Demam | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  3. Pingback: Cara Cepat Hamil: 5 Habit Yang Mengganggu Kesuburan | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  4. Pingback: Merokok Jejas Kualiti Sperma Dan Punca Wanita Gagal Hamil | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  5. Pingback: Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Fetus | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  6. Pingback: 9 Penyakit Kejam Kesan Asap Rokok Kepada Orang Lain | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  7. Pingback: Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  8. Pingback: Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat Dan Mudah | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  9. Pingback: Bagaimana Kanser Boleh Terjadi | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  10. Pingback: Bagaimana Kanser Terjadi Yang Pasti Mengejutkan Anda | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  11. Pingback: Pelbagai Testimoni Vivix Shaklee Berjaya Sembuhkan Kanser Tahap 4 | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  12. Pingback: Pelbagai Testimoni Vivix Shaklee Berjaya Sembuh Dari Stroke | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

  13. Pingback: Testimoni Bacaan Gula Penghidap Kencing Manis atau Diabetes Kembali Normal Dengan Vivix Shaklee | Fatin Soho | Empower Family & Empowering You

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge